Monday, 30 April 2012

Sistem Ekonomi ( Sejarah Asia )


Tutorial ( 1 ) - Tema 1
Huraikan kegiatan ekonomi di negara-negara berikut pada abad ke-19:
a)    China
b)    Jepun
c)     Thailand
d)    Myanmar
e)    Vietnam
f)      Indonesia
g)    Filipina


 China

Sistem ekonomi sara diri bermaksud aktiviti yang  hanya bertujuan untuk menampung keperluan harian. Kegiatan ekonomi sara diri selalunya tidak memerlukan modal yang banyak  dan peralatan yang digunakan ialah peralatan yang mudah. Peralatan yang digunakan adalah peralatan yang telah digunakan oleh keturunan yang terdahulu.  Kegiatan ekonomi sara diri bersifat keperluan diri dan keluarga dan tidak mementingkan keuntungan. Kegiatan ekonomi sara diri  ialah kegiatan utama yang dijalankan oleh China sebelum kedatangan barat.
Kegiatan ekonomi negara China yang utama ialah pertanian. Hal ini demikian kerana negara China mempunyai iklim dan bentuk muka bumi yang sesuai untuk kegiatan pertanian. Pertanian utama yang dijalankan oleh masyarakat cina ialah tanaman padi. Padi sawah ditanam di kawasan lembah-lembah sungai yang subur seperti Lembah Sungai  Yangtze dan Sungai Kuning. Masyarakat petani di kawasan ini menjadikan nasi sebagai makanan utama mereka. Bagi masyarakat yang tinggal di kawasan tinggi di bahagian utara China pula, mereka menanam padi huma.
Selain itu, masyarakat cina menanam tanaman lain seperti barli, kacang, sayur-sayuran,  dan the di selatan China.  Selain itu, kapas juga ditanam di kawasan utara dan selatan China untuk dijadikan bahan utama dalam industry pakaian. Petani China juga menanam sayur-sayuran di kawasan halaman rumah mereka. Pokok buluh ditanam untuk dijadikan bahan makanan, membina bangunan, membuat perabot  dan peralatan memasak.  Di kawasan tanah tinggi seperti di utara China, mereka menanam sekoi dan kekacang. Gandum yang merupakan tanaman utama di utara China ditanam di Manchuria. Tanaman milet pula ditanam di Kansu, Shansi, dan Shensi. Tanaman kaoliang pula ditanam secara meluas di Manchuria untuk membuat atap,   anyaman, dan minyak.
Masyarakat China juga menjalankan aktiviti penternakan binatang seperti itik, kambing, dan lembu. Di samping itu, mereka turut menjalankan aktiviti perusahaan secara kecil-kecilan. Antara jenis perusahaan yang dilakukan ialah seperti mengubah bunga plastic di Peiping, membuat tembikar di Ching te’Chen, dan perusahaan sutera di daerah Shantung, Hopei, dan Manchuria.
Kegiatan perdagangan turut dilakukan oleh masyarakat Cina. Aktiviti ini menyumbang kepada pendapatan negara China. Sumber utama pendapatan negara China diperoleh daripada cukai tanah, perdagangan garam, dan bahan galian. Perdagangan garam dimonopoli oleh keluarga diraja China. Aktiviti perdagangan luar dengan barat adalah amat terhad iaitu di pelabuhan Canton sahaja.aktiviti perdagangan dijalankan dengan peraturan yang ditetapkan oleh Maharaja China. Barangan yang diperdagangkan hanyalah teh China, sutera, dan barang-barang tembikar. China pula hanya mengimport barangan seperti kapas dank ain-kain bulu dari barat. Negara China telah meluaskan aktiviti perdagangan dengan negara di Asia Tenggara seperti Thailand, Filipina, Burma, dan Vietnam. Hubungan perdagangan Thailand iaitu antara Ayudhya dengan China bagi mendapatkan bahan-bahan binaan dan alat-alat senjata dengan menukarkan beras dan kayu. Pedagang dari Filipina pula memperdagangkan barangan seperti kulit kura-kura, mutiara, dan pinang bagi mendapatkan barangan seperti tembikar, sutera, dan manik dari China. Pedagang Burma pula menukarkan barangan seperti kapas, gading, batu ambar, batu permata, sarang burung,  dan candu kepada barangan China seperti sutera, kertas, teh, kacang kering, daun emas, dan pelbagai buah-buahan. Para pedagang Vietnam pula menjalankan perdagangan dengan pelabuhan China Selatan dengan mengimport barangan mewah seperti sutera, tembikar, dan teh dari China.
Selain itu, masyarakat Cina turut menjalankan kegiatan perlombongan. Antara hasil galian yang terdapat di negara China ialah arang batu, besi, tembaga, bijih timah, timah hitam, antimoni, dan perak. Arang batu terdapat di Manchuria, Shensi, Shansi, Hopei, Szechwan, Yunnan, Hunnan, dan Shantung. Namun begitu, kerja-kerja melombong masih dijalankan dengan menggunakan kaedah tradisional. Oleh itu, pengeluaran galian tidak dimaksimumkan untuk perdagangan secara komersial.
Kesimpulannya, sistem ekonomi sebelum kedatangan kuasa barat di negara China hanya  tertumpu kepada sistem ekonomi sara diri yang  hanya bertujuan untuk menampung keperluan harian individu dan keluarga . Oleh itu, pemimpin haruslah bijaksana mengurus hal-hal berkaitan ekonomi supaya dapat mengelakkan berlakunya masalah ekonomi dalam negara.

Jepun

Sistem ekonomi sara diri bermaksud aktiviti yang  hanya bertujuan untuk menampung keperluan harian. Kegiatan ekonomi sara diri selalunya tidak memerlukan modal yang banyak  dan peralatan yang digunakan ialah peralatan yang mudah. Peralatan yang digunakan adalah peralatan yang telah digunakan oleh keturunan yang terdahulu.  Kegiatan ekonomi sara diri bersifat keperluan diri dan keluarga dan tidak mementingkan keuntungan. Kegiatan ekonomi sara diri  ialah kegiatan utama yang dijalankan oleh Jepun sebelum kedatangan barat..
          Masyarakat Jepun menjalankan aktiviti pertanian yang dikenali sebagai nason. Masyarakat Jepun yang menjalankan aktiviti pertanian di tanah tinggi pula dikenali sebagai sanson. Tanaman utama yang ditanam ialah padi. Padi ditanam di kawasan tanah tinggi dan hanya ditanam sekali setahunbermula musim bunga dan dituai pada musim luruh.  Petani menggunakan sawah bertingkat bagi mengatasi masalah kekurangan tanah dan menggunakan sistem pengairan terus dari sungai.  Kaedah ini membolehkan petani mengurangkan penggunaan baja dan membolehkan sawah digunakan setiap tahun. Penggunaan saswah setiap tahun menghalans rumput-rumput tumbuh dan hal ini menyebabkan kesuburan tanah dapat dikekalkan.
          Tanaman kedua yang diusahakan oleh masyarakat Jepun ialah barli, gandum, pokok teh, kacangsoya, dan sayuran. Kaum petani Jepun digelar hyakusho kerana hidup miskin dan tahap sosial mereka rendah. Terdapat tiga jenis petani iaitu petani yang menjalankan pertanian di tanah milik sendiri, petani yang menjalankan pertanian di tanah sendiri dan tanah sewa,  serta petani yang menjalankan pertanian di tanah sewa.  Masyarakat  Jepun yang mempunyai tanah sendiri hanya 30 peratus sahaja. Keadaan ini menjelaskan bahawa tuan tanah merupakan golongan atasan yang dipandang tinggi oleh kaum petani. Namun begitu, semasa pemerintahan Meiji penguasaan tuan tanah telah dikurangkan melalui reformasi tanah. Pertumbuhan ekonomi telah berlaku kerana penggunaan tanah pertanian yang semakin luas  melalui kegiatan tebus guna tanah. Sebagai contoh, pengeluaran pertanian pasa tahun 1597 ialah sebanyak 18.5 juta koku meningkat kepada 25,8 juta koku pada tahun 1700. Peningkatan ini juga berlaku kerana penggunaan benih san peralatan yang lebih baik. Penggunaan haiwan untuk kerja membajak, pengenalan teknik pertanian, dan penanaman dua kali setahun. Namun begitu, peningkatan ini tidak mengatasi masalah kebuluran akibat agihan kekayaan yang tidak seimbang.
          Selain kegiatan pertanian, masyarakat Jepun jega menjalankan kegiatan perikanan. Aktiviti perikanan dijalankan di kawasan perairan negara Jepun yang kaya dengan ikan. Hal ini demikian kerana Jepun terletak di persimpanganarus Hitam yang panas dan arus Kamchatka yang sejuk dekat pantai Jepun. Nelayan hanya menangkap ikan di pesisiran pantai dengan menggunakan kaedah tradisional iaitu seperti jala dan pukat.
          Masyarakat Jepun juga menjalankan aktiviti perdagangan yang terhad dengan negara Belanda dan China sahaja. Pedagang Belanda hanya dibenarkan berdagang  di pelabuhan Nagasaki dan mendirikan kilang di pulau Deshima. Pedagang-pedagang ini mengimport perak, tembaga, besi, beras, dan lain-lain dari Jepun dan membawa masuk barangan seperti sutera, kapas, minyak wangi, dan gula. Barangan ini popular dalam kalangan kelas atasan seperti Tokugawa. Pedagang China pula kerang menjalankan aktiviti perdagangan dengan Jepun kerana China kaya dengan bahan mentah. Aktiviti perdagangan amat terhad kerana pergerakan perluasan kuasa barat terhadap negara Asia seperti Sepanyol yang memasuki Filipina, British dan Perancis di India, dan pemerasan Belanda di pulau-pulau Hindia Timur. Oleh itu, kerajaan Jepun telah menutup pintu negaranya kepada perdagangan antarabangsa kerana tidak mempercayai orang barat.
          Kesimpulannya, sistem ekonomi sebelum kedatangan kuasa barat di negara Jepun hanya  tertumpu kepada sistem ekonomi sara diri yang  hanya bertujuan untuk menampung keperluan harian individu dan keluarga . Oleh itu, pemimpin haruslah bijaksana mengurus hal-hal berkaitan ekonomi supaya dapat mengelakkan berlakunya masalah ekonomi dalam negara.

                                                                                                                                                                  
Thailand
Sistem ekonomi sara diri bermaksud aktiviti yang  hanya bertujuan untuk menampung keperluan harian. Kegiatan ekonomi sara diri selalunya tidak memerlukan modal yang banyak  dan peralatan yang digunakan ialah peralatan yang mudah. Peralatan yang digunakan adalah peralatan yang telah digunakan oleh keturunan yang terdahulu.  Kegiatan ekonomi sara diri bersifat keperluan diri dan keluarga dan tidak mementingkan keuntungan. Kegiatan ekonomi sara diri  ialah kegiatan utama yang dijalankan oleh Thailand sebelum kedatangan barat.
          Kegiatan ekonomi yang paling utama ialah sektor pertanian. Sistem ekonomi pertanian yang utama ialah padi sawah dan padi bukit. Padi sawah ditanam di kawasan yang subur iaitu di Dataran Bangkok ( Lembah Menam Chao Phraya ). Penanaman padi bukit menggunakan sistem pertanian pindah atau tam rai. Penanaman padi ini dilakukan di kawasan pedalaman dan berbukit oleh suku Karen, Meo, Hmmong, Lissau, Yao, dan Shan. Pada setiap tahum padi bukit dituai pada bulan Oktober sehingga November.Mereka akan mempelbagaikan tanaman di kawasan pertanian pindah dengan menanam tanaman seperti sekoi, jagung, keladi, dan lain-lain.
          Thailand juga menggalakkan penanaman tebu dan perusahaan gula. Wilayah Makhon Chaisi ialah kawasan penanaman tebu yang terkenal. Selain itu,  kawasan lain yang ditanam tebu ialah Bangplasoi, Paedriu, dan Bangplakong. Perusahaan ini membolehkan Thailand mempunyai bekalan gula yang mencukupi. Lebihan hasil ini akan dieksport ke China, wilayah barat di India, Parsi, Arab, dan negara Eropah.
          Thailand merupakan negara yang miskin dengan sumber mineral berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain. Sumber utama yang utama ialah bijih timah yang dilombong di Ranong dan Pulau Phuket. Perlombongan memerlukan modal yang besar dan teknologi yang tinggi. Oleh itu, sebelum termeterainya Perjanjian Bowring 1855, perlombongan bijih timah dikuasai oleh pemodal-pemodal Cina dengan menggunakan kaedah pam rantai.
          Kegiatan ekonomi yang seterusnya ialah aktiviti perdagangan. Sehingga pada akhir abad yang  ke-19, hanya golongan raja dan bangsawan yang mempunyai monopoli ke atas perdagangan. Raja memonopoli perdagangan lada hitam, kayu cendana, garam, sarang burung, dan telur penyu. Lada hitam menjadi hasil dagangan utama dan dijadikan hadiah oleh Raja Thailand kepada kerajaan-kerajaan asing. Garam pula merupakan bahan pasaran penting di Selat Melaka dan di gugusan pulau yang berhampiran. Semasa pemerimtahan Taksin, Thailand mengadakan perdagangan antara Ayudhya dan China untuk mendapatkan bahan-bahan binaan dan alatan senjata dengan menukarkannya dengan beras dan kayu.  Akibatnya, perdagangan luar Thailand terus dimonopoli olah keluarga diraja.
           Kegiatan yang seterusnya ialah perikanan dan penternakan. Ikan merupakan sumber protein penduduk Thailand kerana masyarakat Thai yang beragama Buddha tidak makan daging. Kawasan penangkapan ikan dijalankan di sepanjang pantai dan Teluk Siam, serta di sawah-sawah padi. Masyarakat petani di Thailand turut menternak haiwan seperti kerbau dan lembu. Binatang ini bukanlah dijadikan sumber makanan tetapi dijadikan binatang penarik bg penanaman padi sawah. Kebiasaannya, setiap keluarga mempunyai sepasang lembu dan kerbau.
          Di samping itu, masyarakat kampung di Thailand menjalankan perusahaan kecil-kecilan untuk menampung ekonomi keluarga iaitu perusahaan menenun kain selebar empat kaki untuk dibuat pakaian seperti sarung, lungyi, panung, dan lain-lain. Selain itu, masyarakat Thai turut mananam tanaman-tanaman yang lain seperti kapas, tembakau, tebu, buah-buahan , dan lada hitam. Tembakau ditanam di Chanthaburi dan Bangplasoi.
          Kesimpulannya, sistem ekonomi sebelum kedatangan kuasa barat di negara Thailand hanya  tertumpu kepada sistem ekonomi sara diri yang  hanya bertujuan untuk menampung keperluan harian individu dan keluarga . Oleh itu, pemimpin haruslah bijaksana mengurus hal-hal berkaitan ekonomi supaya dapat mengelakkan berlakunya masalah ekonomi dalam negara.

Myanmar


Sistem ekonomi sara diri bermaksud aktiviti yang  hanya bertujuan untuk menampung keperluan harian. Kegiatan ekonomi sara diri selalunya tidak memerlukan modal yang banyak  dan peralatan yang digunakan ialah peralatan yang mudah. Peralatan yang digunakan adalah peralatan yang telah digunakan oleh keturunan yang terdahulu.  Kegiatan ekonomi sara diri bersifat keperluan diri dan keluarga dan tidak mementingkan keuntungan. Kegiatan ekonomi sara diri  ialah kegiatan utama yang dijalankan oleh Myanmar sebelum kedatangan barat.     
Kegiatan ekonomi yang pertama ialah kegiatan pertanian iaitu penanaman  padi. Terdapat dua jenis tanaman padi iaitu padi sawah dan padi huma. Aktiviti ekonomi ini amat penting dan  diusahakan oleh masyarakat Myanmar sejak dahulu lagi. Padi atau beras merupakan makanan asas bagi kebanyakan penduduk Myanmar. Delta Irrawady merupakan kawasan penanaman padi yang penting kerana terdapat bekalan air yang mencukupi untuk membantu aktiviti penanaman padi di kawasan ini. Penduduk Myanmar juga mengusahakan padi sebagai aktiviti sampingan untuk dijadikan tapai, tepung, dan samsu. Pada pertengahan abad ke 19, Raja Myanmar telah melarang pengeksportan beras ke luar  negara kerana negara Myanmar menghadapi masalah kekurangan bekalan beras untuk masyarakat tempatan. Oleh itu, beras hanya dibekalkan kepada seluruh penduduknya di kawasan hulu dan kawasan hilir. Masyarakat di hulu Myanmar menjalankan kegiatan pertanian pindah yang dikenali sebagai taungya dengan menanam padi huma. Aktiviti ini dimulakan dengan menebang pokok-pokok dan membakarnya pada musim kemarau, apabila tiba musim hujan tanahnya akan menjadi subur kerana bercampur dengan abu-abu pokok yg dibakar dan biji benih akan mula ditanam dengan cara menugal. Suku kaum Karen dan Kachin merupakan kelompok masyarakat pedalaman Myanmar ygmenjalankan aktiviti penanaman padi huma.
          Selain itu, penduduk pedalaman Myanmar turut menanam tanaman yang lain seperti sekoi. Keladi, jagung, dan bijirin sebagai tanaman sampingan. Bagi penduduk yang tinggal di kawasan kering di dataran tinggi seperti Myingyan dan Minbu, penduduk setempat telah mengusahakan tanaman kapas dan kacang tanah. Kapas disemai pada bulan Mei dan menampakkan hasil pada bulan September. Kapas dihantar ke Yunnan menggunakan jalan darat melalui Bhamo. Kacang tanah disemai berselang-seli dengan kapas. Kacang merupakan makanan utama Penduduk Myanmar yang tidak makan daging terutama yang menganut fahaman Buddha. Penduduk di kawasan Pagan pula menanam sekoi, kekacang dan pertanian pindah yang lain. Selain itu, penduduk Myanmar juga menghasilkan garam sebagai makanan sara diri dan menanam buah-buahan. Mereka telah menggunakan tanah secara maksimum untuk dengan menanam buah-buahan untuk dijadikan makanan buat keluarga dan masyarakat setempat.
          Di samping itu, masyarakat Myanmar turut menjalankan aktiviti perikanan. Kegiatan perikanan dijalankan oleh penduduk hulu Myanmar selain menghasilkan garam. Aktiviti menangkap ikan turut dijalankan di Arakan dan Tennaserim dan hasil tangkapan ikan akan dihantar kepada petani-petani yg tinggal di kawasan hilir Myanmar. Di kawasan ini, nasi dan kari ikan menjadi makanan utama mereka. Tradisi penganut Buddha menyebabkan orang Myanmar tidak menghormati nelayan kerana mereka menganggap  nelayan telah membunuh haiwan yg bernyawa seperti ikan.
          Aktiviti perdagangan juga turut dijalankan oleh masyarakat Myanmar.  Aktiviti ini dijalankan pada musim hujan kerana paras air sungai akan meningkat dan ini memudahkan urusan perhubungan antara penduduk yang tinggal di hulu dan hilir Myanmar. Sungai Irrawaddy merupakan nadi utama perhubungan penduduk hilir dan penduduk hulu Myanmar.  Pengangkutan utama penduduk Myanmar ialah menggunakan sampan sekiranya melalui sungai dan laut tetapi mereka menggunakan kereta lembu sekiranya melalui jalan darat. Para pedagang menggunakan sampan untuk membawa barang dagangan seperti ikan kering, garam, sambal ikan ( ngapi  ) dan beras. Meraka akan membawa barangan seperti minyak masak sayuran, kapas, gula, dan petroleum mentah untuk dijual apabila pulang ke hilir Myanmar. Pada musim sejuk pula, aktiviti perdagangan betempat di Shan. Para pedagang Shan membawa barang dagangan dengan menggunakan kereta lembu . antara barangan tersebut ialah gula, plumbum, kacang tanag, lembu, dank ain. Barangan ini akan ditukar dengan ikan kering, garam, sambal ikan, dan pinang. Di kawasan utara berdekatan Bhamo iaitu pusat perdagangan Myanmar pla barangan China dibawa masuk dan dikumpulkan di sana dari bulan Disember sehingga Mac setiap tahun. Antara barang dagangan tersebut ialah sutera, kertas, teh, kacans kering, daun emas, dan pelbagai buah-buahan. Barang dagangan ini ditukar dengan kapas, gading, batu ambar, batu permata, sarang burung, dan candu. Perdagangan dijalankan dengan menggunakan mata wang tikal.  Raja Bodawpaya memonopoli perdagangan kayu jatidan kapas. Kayu jati juga dikenali sebagai  ‘ kyun ’ dan telah diisytiharkan sebagai ‘ pokok diraja ’. pokok ini tumbuh meluas di kawasan Tharawaddy, Pynmona, dan Taungro. Kapas pula dimonopoli oleh raja sejak tahun 1854, dan melalui monopoli perdagangan raja berpeluang mengutip pelbagai jenis cukai seperti cukai bazar, cukai tol, dan cukai kastam.
          Kegiatan perlombongan juga turut diusahakan oleh masyarakat Myanmar. Aktiviti yang giat dijalankan ialah perlombongan petroleum dan batu permata. perlombongan bahan galian seperti emas dan perak turut diusahakan tetapi pengeluarannya secara kecil-kecilan. Aktiviti perlombongan petroleum dan batu permata dikuasai oleh raja Myanmar. Raja Bodawpaya hanya memonopoli perlombongan batu permata jenis delima kerana nilai dan harganya tinggi. Beban  rakyat untuk membayar cukai dapat dikurangkan kerana raja mendapat keuntungan  daripada monopoli perdagangan tersebut. Perlombongan petroleum berpusat di Yenangyaung dan pekerjanya  menggunakan kaedah tradisional untuk mengeluarkan minyak dengan menggunakan tangan untuk menggali telaga-telaga minyak dan ini memakan masa yang sangat lama.
          Kesimpulannya, sistem ekonomi sebelum kedatangan kuasa barat di negara Myanmar  hanya  tertumpu kepada sistem ekonomi sara diri yang  hanya bertujuan untuk menampung keperluan harian individu dan keluarga . Oleh itu, pemimpin haruslah bijaksana mengurus hal-hal berkaitan ekonomi supaya dapat mengelakkan berlakunya masalah ekonomi dalam negara.



           

Vietnam

Sistem ekonomi sara diri bermaksud aktiviti yang  hanya bertujuan untuk menampung keperluan harian. Kegiatan ekonomi sara diri selalunya tidak memerlukan modal yang banyak  dan peralatan yang digunakan ialah peralatan yang mudah. Peralatan yang digunakan adalah peralatan yang telah digunakan oleh keturunan yang terdahulu.  Kegiatan ekonomi sara diri bersifat keperluan diri dan keluarga dan tidak mementingkan keuntungan. Kegiatan ekonomi sara diri ialah kegiatan utama yang dijalankan oleh Vietnam sebelum kedatangan barat.
Kegiatan ekonomi yang tanaman ialah pertanian iaitu mengusahakan tanaman padi. Penanaman padi meliputi lima perenam daripada jumlah kawasan pertanian. Padi merupakan makanan utama penduduk Vietnam. Terdapat pelbagai jenis padi yang ditanam di Vietnam dan jenis padinya berbeza mengikut iklim dan jenis tanah. Di Delta Sungai Vietnam Utara, terdapat sekurang-kurangnya tiga ratus jenis padi. Para petani akan memilih padi yang sesuai dengan sifat sawahnya. Kawasan tanaman padi yang utama di Vietnam ialah di Delta Mekong. Delta Mekong mempunyai tanah yang rendah, rata, serta tanah lanar yang subur. Delta Song-Koi( Sungai Merah ) yang terletak di Vietnam Utara menggunakan sistem tali air yang dibina sepanjang 1000 batu pada abad yang ke-19. Tali air berfungsi untuk mengairi kawasan tanah kering. Najis binatang atau manusia pula digunakan untuk menyuburkan tanaman. Dengan cara ini, petani di Vietnam Utara dapat mengusahakan tanaman padi dua kali setahun. Penanaman padi di Delta Mekong ( Cochin-China ) berbeza dengan penanaman padi di Vietnam Utara. Kawasan ini mendapat hujan yang kurang dan suhu yang lebih panas. Sistem tali air yang tidak sebaik Vietnam Utara menyebabkan mereka bergantung kepada air hujan untuk mengairi sawah padi. Sistem kawalan banjir juga kurang bermutu, ini menyebabkan  penanaman pati hanya setahun sekali sahaja di Delta Mekong. Para petani yang terikat dengan sawah-sawah mereka atau petani yang menyewa tanah untuk pertanian lazimnya ditindas oleh tuan tanah.
          Selain penanaman padi, penduduk Vietnam juga mengusahakan tanaman lain seperti ubi keledek, jagung, kacang,  dan buah-buahan. Tanaman ini ditanam sebagai tanaman luar musin kering di sawah padi.  Penanaman ini dilakukan di kawasan Cochin-China dan Annam. Di samping itu, mereka juga menanam tanaman teh di tengah-tengah Tonkin dan Utara Annam untuk mempelbagaikan hasil pertanian.
          Penduduk kampung Vietnam juga menjalankan perusahaan secara kecil-kecilan. Perusahaan tersebut ialah membuat tembikar, tenunam, menganyam, dan bertukang. Penduduk akan merahsiakan tradisi perusahaan dan kepandaian mereka. Hal ini dilakukan dengan melarang kaum wanitanya daripada berkahwin dengan lelaki dari kampung lain. Selain itu, mereka juga tidak mengajar kemahiran mereka kepada orang luar. Pekerjaan tukang lebih mendapat pengiktirafan berbanding pekerjaan petani. Hal ini demikian kerana mereka dikecualikan daripada kerahan tenaga dan membayar cukai. Namun begitu, mereka perlu menghantar hasil pertukangan mereka kepada Maharaja untuk menggantikan bayaran cukai.
          Kegiatan perdagangan amat terhad. Hal ini demikian kerana perdagangan hanya berlaku di kawasan daratan dan kawasan bukit di pedalaman. Kayu bukit dan buluh diperdagangkan untuk mendapatkan barangan seperti kicap ikan, ikan kering,  garam, dan kapur. Hubungan perdagangan antara negara Vietnam dang negara luar juga terhad.  Perdagangan asing yang dibenarkan berniaga di pelabuhan Vietnam hanyalah tongkang-tongkang dari negara China dan Siam.  Barang perdagangan antara negara Siam dan  Annam ialah rempah, besi, lada, gula , dan beberapa barangan mewah.  Pedagang-pedagang dari China pula mendapatkan bahan galian seperti perak.
          Penduduk Vietnam juga menjalankan aktiviti perlombongan. Hasil perlombongan yang utama ialah arang batu. Longgokan arang batu dijumpai di Quang Yen. Selepas  pendudukan Perancis, galian ini diusahakan secara komersial. Selain itu, kegiatan perikanan juga diadakan di Tasik Tonle Sap. Ikan-ikan yang diperoleh akan dikeringkan, disalai, atau dijeruk untuk dieksport atau diperdagangkan. Ikan-ikan tersebut dibawa keluar ke Dataran Mekong melalui jalan Snoc Thou atau dataran lumpur dengan menggunakan perahu.
          Kesimpulannya, sistem ekonomi sebelum kedatangan kuasa barat di negara Vietnam  hanya  tertumpu kepada sistem ekonomi sara diri yang  hanya bertujuan untuk menampung keperluan harian individu dan keluarga . Oleh itu, pemimpin haruslah bijaksana mengurus hal-hal berkaitan ekonomi supaya dapat mengelakkan berlakunya masalah ekonomi dalam negara.



Indonesia

          Sistem ekonomi sara diri bermaksud aktiviti yang  hanya bertujuan untuk menampung keperluan harian. Kegiatan ekonomi sara diri selalunya tidak memerlukan modal yang banyak  dan peralatan yang digunakan ialah peralatan yang mudah. Peralatan yang digunakan adalah peralatan yang telah digunakan oleh keturunan yang terdahulu.  Kegiatan ekonomi sara diri bersifat keperluan diri dan keluarga dan tidak mementingkan keuntungan. Kegiatan ekonomi sara diri  ialah kegiatan utama yang dijalankan oleh Indonesia sebelum kedatangan barat.
          Kegiatan ekonomi yang utama di Indonesia ialah pertanian penanaman padi. Padi ditanam di sepanjang dataran pantai lanar dan lembah-lembah, lembangan, dan lereng-lereng gunung berapi yang diteres. Kawasan penanaman padi sawah yang utama ialah di Pulau Jawa dan Madura.penanaman padi dibantu oleh sistem pengairan dan padi dituai pada bulan April setiap tahun. Selain penanaman padi sawah, padi huma atau padi bukit juga ditanam oleh masyarakat Indonesia. Padi ini ditanam di kawasan Timu r Jwa yang lebih kerning dan di lereng-lereng  bukit yang tinggi. Kaedah penanaman ialah tebang dan bakar. Pembakaran hutan dilakukan pada sebelum musin hujan. Mereka akam membakar sebanyak tiga kali untuk mendapatkan kesuburan tanah. Selepas menggunakan tanah tersebut selama dua hingga tiga tahun, mereka akan berpindah ke tempat lain.  Selain tanaman padi huma, tanaman lain seperti jagung, ubi kayu, dan tanaman berasaskan ubi juga ditanam.
          Selain itu, masyarakat Indonesia turut menanam tanaman jagung, tebu, dan kelapa. Tanaman jagung ialah tanaman makanan yang penting di Indonesia. Jagung ditanam di Madura, Jawa Timur, dan Sumatera. Tanaman ini telah diperkenalkan oleh Portugis dari Amerika Selatan pada abad yang ke-16. Masyarakat Indonesia juga menanam tebu dan kelapa. Tebu ditanam di wilayah Cheribon, dataran pantai utara, bahagian Tengah Jawa, Jogyakarta, dan Surakarta. Kelapa pula terdapat di seluruh pelosok Indonesia. Kelapa hidup subur di kawasan yang mempunyai suhu tinggi, hujan lebat, dan tanah yang gembur.
          Kegiatan penghasilan rempah juga dijalankan oleh masyarakat Indonesia. Kepulauan Indonesia terkenal sebagai kepulauan rempah di Asia Tenggara. Rempah-ratus yang terdapat di Indonesia ialah bunga cengkih di pulau-pulau Maluku, buah pala di Pulau Bonda, dan kulit kayu cendana di Pulau Timur. Kekayaan ini menyebabkan wujudnya persaingan antara penjajah Inggeris dengan Belanda untuk mendapatkan Indonesia pasa abad yang ke-17.
          Perusahaan batik turut dijalankan oleh masyarakat di Indonesia. Perusahaan batik dilakukan secara kecil-kecilan di Jawa Tengah. Aktiviti ini dilakukan sebelum musim menuai padi dan musim memungut hasil tanaman. Masyarakat Jawa menghasilkan corak batik yang mempunyai unsur alam seperti burung, kupu-kupu, buah-buahan, dan sebagainya. Seni melukis corak batik ini diturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain atau diajarkan oleh ibu kepada anak perempuan mereka.
Masyarakat Indonesia juga menjalankan perdagangan secara kecil-kecilan. Perdagangan ini berlaku antara kawasan-kawasan pedalaman dengan kawsan-kawasan pantai di pelabuhan. Saudagar-saudagar Jawa dan pedagang kecil membawa barangan seperti garam, periuk, belanga, kain, dan candu ke kawasan pedalaman dan membawa hasil kampung seperti barangan makanan ke pelabuhan. Barangan yang diperlukan oleh masyarakat kampung ialah garam. Pemprosesan garam dilakukan di Pulau Madura dan Pantai Jawa Timur. Garam dihasilkan melalui sejatan daripada kuali-kuali  garam besar yang dibina di sepanjang pantai. Garam-garam ini diperdagangkan oleh saudagar-saudagar Cina ke kampung-kampung di pedalaman Indonesia.
Kesimpulannya, sistem ekonomi sebelum kedatangan kuasa barat di negara Indonesia  hanya  tertumpu kepada sistem ekonomi sara diri yang  hanya bertujuan untuk menampung keperluan harian individu dan keluarga . Oleh itu, pemimpin haruslah bijaksana mengurus hal-hal berkaitan ekonomi supaya dapat mengelakkan berlakunya masalah ekonomi dalam negara.
     


Filipina

Sistem ekonomi sara diri bermaksud aktiviti yang  hanya bertujuan untuk menampung keperluan harian. Kegiatan ekonomi sara diri selalunya tidak memerlukan modal yang banyak  dan peralatan yang digunakan ialah peralatan yang mudah. Peralatan yang digunakan adalah peralatan yang telah digunakan oleh keturunan yang terdahulu.  Kegiatan ekonomi sara diri bersifat keperluan diri dan keluarga dan tidak mementingkan keuntungan. Kegiatan ekonomi sara diri  ialah kegiatan utama yang dijalankan oleh Filipina sebelum kedatangan barat.
          Kegiatan ekonomi yang utama ialah pertanian. Bagi masyarakat Filipina, tanah bukanlah milik perseorangan tetapi hak milik masyarakat, padi merupakan tanaman utama Filipina. Padi ditanam di kawasan tanah pamah dan kawasan tanah tinggi kerana masyarakat Filipina mempunyai teknologi pertanian yang tinggi. Terdapat dua jenis pertanian padi sawah iaitu penanaman bergantung kepada air hujan dan penanaman yang bergantung kepada air tambahan melalui banjir dari sungai-sungai. Orang Filipina menggunakan sistem tenggala dan penyemaian  dengan tangan untuk mengusahakan padi sawah. Kawasan yang kering dan kekurangan sumber air kaedah yang digunakan ialah kaedah tebang dan bakar ( kaingin ).
          Selain menanam padi, penduduk Filipina juga menanam tanaman lain seperti ubi, kelapa, abaka atau manila hem. Tanaman abaka menghasilkan gentian untuk membuat tali dan kain. Kawasan utama yang ditanam dengan abaka ialah Mindanao dan Tenggara Luzon. Kebanyakan abaka ditanam di kawasan Luzon kerana menerima hujan yang lebat sepanjang tahun dan tanah gunung berapi yang subur. Di Mondoro pula, sistem pertanian pindah dijalankan oleh masyarakat nomad dengan pelbagai jenis tanaman seperti keladi, jagung, ubi, dan lain-lain. Selain itu, mereka juga menternak binatang seperti ayam, itik, dan lembu sebagai aktiviti sampingan dan sumber protein.
          Penduduk Filipina juga menjalankan perusahaan kecil-kecilan . antara perusahaan tersebut ialah menenun, membuat anting-anting, gelang, dan cincin. Selain itu,  gelang yang dibuat amat bermutu kerana dihasilkan daripada emas yang bermutu tinggi. Mereka juga menjalankan kegiatan menganyam tikar, bakul, menyulam, dan menenun kain. Di samping itu, masyarakat Filipina juga menjalankan perusahaan pembinaan kapal sebagai perusahaan individu dan keluarga.
          Kegiatan perniagaan di antara barangay dan barangay yang lain jarang berlaku dalam masyarakat Filipina kerana perniagaan hanya dimonopoli oleh golongan pemerintah. Golongan yang terlibat dalam perniagaan ialah penghulu dan golongan bangsawan. Barang-barang yang diperniagaankan ialah kelapa kering, mutiara, pinang, dan lain-lain. Pokok kelapa ditanam di selatan Luzon, Kepulauan Visayan, dan Mindanao. Hasil pokok kelapa dipelbagaikan untuk menembah pendapatan golongan diraja. Kelapa kering dan minyak kelapa telah mereka hasilkan. Hasilnya diperdagangkan antara Kepulauan Timur Besar dan Filipina Selatan. Perdagangan antara Filipina dengan negara luar juga diadakan. Sebagai contoh, hubungan perdagangan antara Filipina dengan negara China. Pedagang dari China membawa masuk tembikar, sutera, dan manik ke Filipina untuk ditukarkan dengan barangan seperti kulit kura-kura, mutiara, dan pinang.
         Setain itu, masyarakat Filipina juga menjalankan kegiatan  perlombongan. Perlombongan tembaga  dijalankan di Tolendo  iaitu di bahagian tengah Cebu. Perlombongan bijih timah juga ada diusahakan oleh masyarakat Filipina. Kawasan perlombongan bijih timah yang terpenting ialah di Suriago iaitu di bahagian utara Mindanao.
Kesimpulannya, sistem ekonomi sebelum kedatangan kuasa barat di negara Filipina hanya  tertumpu kepada sistem ekonomi sara diri yang  hanya bertujuan untuk menampung keperluan harian individu dan keluarga . Oleh itu, pemimpin haruslah bijaksana mengurus hal-hal berkaitan ekonomi supaya dapat mengelakkan berlakunya masalah ekonomi dalam negara.

1 comment:

  1. salam. ianya amat berguna. boleh saya tahu ia diambil dari buku atau rujukan yang mana?

    ReplyDelete