Thursday 26 April 2012

Nota Zakat


Maksud
             Dari segi bahasa, zakat berasal daripada kata dasar zaka – perkataan Arab           
        ( penambahan/persucian ) .
   Dalam al-Quran, perkataan zakat diberikan 7 makna iaitu ;
1.       Syahadah ( Surah Abasa :7 )
2.       Zakat ( Surah al-Baqarah : 227 )
3.       Kebaikan ( Surah Fatir : 18 )
4.       Zakat Fitrah ( Surah al-A’la :14 )
5.       Suci ( Surah  al-Baqarah :174 )
6.       Halal ( Surah al-Kahfi :19 )
7.       Sadaqah ( Surah Maryam : 12 )
Sejarah kewajipan zakat
Terdapat 3 peringkat, iaitu ;
1.       Sebelum kedatangan Islam
o    Allah SWT menyebut bahawa beberapa orang nabi telah melaksanakan zakat         ( Nabi Ishaq, Nabi Yaaqub, Nabi Ismail, dan Nabi Isa )
o    Masyarakat dianggap tidak beragama tanpa ada kewajipan bermasyarakat seperti zakat.
o    Zakat menjadi ibadat kehartaan yang diwajibkan oleh Allah SWT sebagai jaminan  sosial dan kebajikan manusia.
2.       Sebelum hijrah Nabi Muhammad ke Madinah
o    Allah SWT mewajibkan zakat yang berasaskan tolong-menolong antara golongan berada dan golongan miskin.
o    Bertaraf pilihan tanpa ditentukan kadar nisab dan jenis harta dikeluarkan zakat
3.       Selepas hijrah
o    Zakat difardukan secara kuasa pada tahun kedua hijrah iaitu antara bulan Syaaban hingga Syawal.
o    Keengganan membayar zakat membawa hukuman bunuh atau dipaksa membayar.
Fungsi dan faedah zakat
  •  Sebagai ujian kepada keimanan dan ketakwaan seseorang.
  •  Membentuk masyarakat yang adil dan penyayang.
  •  Menjadikan negara islam dan umatnya kaya dan makmur. 
  •  Mengeratkan persaudaraan sesama umat islam.
  •  Sebagai tanda kesyukuran. 
  • Menghilangkan perasaan hasad dengki, bongkak, riak, dan dendam.
Zakat
Terdapat 2 jenis zakat iaitu

  •   Zakat Fitrah
·         Diwajibkan ke atas orang islam setiap tahun.
·         Bertujuan untuk menyucikan hati, memperkembangkan harta, mententramkan jiwa orang yang mengeluarkan zakat, dan menggembirakan golongan fakir yang menerimanya ketika menyambut ketibaan 1 Syawal.
·         Tempoh mengeluarkan zakat ialah pada 1 Ramadan sehingga hari pertama bulan Syawal sebelum solat sunat Hari Raya Aidilfitri.
·         Kadarnya ialah segantang daripada makanan yang mengenyangkan atau makanan asasi penduduk.
  •   Zakat Harta
·         Zakat yang dikeluarkan yang mempunyai harta yang tertentu dengan kadar yang telah ditetapkan oleh syarak.
·         Bertujuan untuk mengurangkan jurang peprbezaan antara golongan kaya dan golongan miskin serta memberi bantuan kepada yang memerlukan.
·         Harta yang wajib  dikeluarkan zakat ialah harta-harta yang penting dalam ekonomi seperti : hasil tanaman, binatang penternakan, emas dan perak, serta barang-barang perniagaan.
Jenis-jenis zakat
  •           Zakat Binatang Ternak dan Pertanian
·         Kadarnya ialah satu per sepuluh bagi yang menggunakan air hujan
·         Diusahakan sendiri/menggunakan alat penyiram kadaarnya lima ausuq bersamaan 500 liter secara timbangan
·         Zaman Nabi Muhammad : unta, kerbau, lembu, dan kambing
·         Pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab : kuda kerana haiwan ini produktif
  •          Zakat Emas dan Perak
·         Dikategorikan kepada 2 iaitu bahan galian dan mata wang
·         Kadar nisab emas ialah 20 misqal bersamaan 85 gram emas
·         Kadar nisab perak ialah 200 dirham bersamaan 595 gram perak
·         Emas dan perak wajib dikeluarkan zakat apabila cukup haul ( genap setahun ) dan milik yang sempurna
·         Barang kemas yang sentiasa dipakai tidak perlu dikeluarkan zakat tetapi jika dikumpul dan tidak digunakan wajib dikeluarkan zakat
  •        Zakat Wang Simpanan
·         Zakat yang dikeluarkan daripada wang  simpanan sama ada dalam bentuk akaun simpanan, simpanan tetap, atau akaun simpanan semasa.
·         Wang simpanan dicampur dengan wang tunai di tangan dikeluarkan zakatnya apabila cukup nisab dan haul.
·         Syarat wajib mengeluarkan zakat wang simpanan ialah islam, merdeka, sempurna milik, cukup haul, dan nisab.
·         Simpanan yang melebihi setahun dan jumlahnya melebihi paras nisab ( nilai  85 gram emas ) wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang itu.
  •      Zakat Saham dan Zakat Pendapatan
·         Harta saham syarikat-syarikat perniagaan atau badan-badan pelaburan yang berpotensi untuk berkembang wajib dikeluarkan zakat
·         Pengiraan pengeluaran zakat ialah 2.5% atau nilai terendah semua saham yang dimiliki setahun setelah ditolak pinjaman memberi saham( jika ada )
·         Zakat pendapatan wajib bagi yang memenuhi syarat seperti ; islam, merdeka, sempurna milik, hasil usaha yang baik sebagai sumber zakat, cukup nisab, dan cukup haul.
  •           Zakat Perniagaan
·         Syarat wajib zakat perniagaan ialah ; islam, sempurna milik, niat untuk berniaga, cukup nisab, dan cukup haul
·         Kadar pengeluaran zakat ialah 2.5%
Golongan yang berhak menerima zakat
  • Dipanggil asnaf
  • Lapan golongan yang berhak menerima zakat ialah ;
                                 i.            Fakir
                               ii.            Miskin
                             iii.            Amil ( pegawai yang memungut zakat )
                              iv.            Mualaf ( orang yang baru memeluk islam )
                                v.            Hamba yang dijanjikan untuk merdeka
                              vi.            Orang yang berhutang ( niat yang baik ) tetapi x mampu menjelaskan hutangnya
                            vii.            Mereka yang berjihad ke jalan Allah
                          viii.            Musafir yang kehabisan wang
Zakat pada zaman Bani Umaiyah
  •  Ditubuhkan semasa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz
  •   Beliau melantik seorang amil untuk mengutip zakat
  •   Zakat yang terdapat pada zaman Bani Umaiyah ialah ;
                                 i.            Zakat emas dan perak
                               ii.            Zakat binatang ternakan
                             iii.            Zakat barang dagangan
                              iv.            Zakat galian dan harta tertanam
                                v.            Zakat tanaman serta buah-buahan
  •   Jabatan yang dipanggil “ Diwan al-Kharaj ” ditubuhkan untuk mengutip zakat dan cukai serta mengeluarkan perbelanjaan negara.
  
Zakat pada zaman Bani Abbasiyah
  •  Meneruskan dasar dan pelaksanaan zakat Bani Umaiyah
  •   Ketua Kadi ialah jawatan baru yang diperkenalkan untuk melicinkan pengutipan zakat
  •   Terbahagi kepada 2 peringkat iaitu zakat fitrah dan zakat harta


 27 April 2012_Elna_ pra universiti SMKBKK SABAH
 Bahan rujukan : oxford fajar & longman ( STPM )

* p/s : tolong maklumkan kpd saya sekiranya terdapat sebarang kesalahan fakta.



No comments:

Post a Comment