Monday 30 April 2012

Nota Baitulmal


Maksud
Baitulmal ( rumah harta ) ialah sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk menyelenggara harta masyarakat, harta Negara, dan harta umum atau tempat menyimpan barangan yang berharga.
( wang, perak, emas, batu permata )
Tujuan penubuhan
  1.    Meningkatkan perkembangan ekonomi
  2.   Membasmi kemiskinan
  3.     Menyediakan keperluan-keperluan asas
Fungsi




  • Membantu perkembangan ekonomi Islam
  •    Sumber utama memperkukuhkan angkatan tentera.
  •  Menyalurkan sumber kewangan bagi perbelanjaan kerajaan pusat. 
  •  Menyelaraskan kutipan dan agihan harta berasaskan syariat Islam
  •    Menyimpan harta negara.
Jenis baitulmal

  1.  Baitulmal – bank pusat sesebuah empayar yang terletak di ibu kota yang dikawal terus oleh khalifah. 
  2.  Baitulmal Khas – perbendaharaan diraja yang mempunyai pendapatan sendiri dan digunakan untuk mengurus perbelanjaan khalifah dan istana. 
  3.  Baitulmal Muslimin – perbendaharaan untuk umat islam seluruhnya dan untuk orang bukan islam.


Maklumat tambahan
  • Pembahagian harta Baitumal ditentukan mengikut keperluan secara adil dan saksama  dan mengikut dasar/prinsip ekonomi Islam
  •  Pada awal kedatangan Islam : kepentingan Baitumal tidak menonjol kerana perkembangan Islam terbatas
  •   Pada zaman Nabi Muhammad : sumber Baitumal diperoleh daripada;
1.       Harta fay ( harta perolehan Negara Islam daripada orang bukan Islam secara damai )
2.       Harta ghanimah ( harta perolehan Negara Islam daripada orang bukan Islam secara peperangan )
3.       Harta jizyah ( cukai perlindungan bagi kerajaan/kabilah bukan Islam yang bernaung di bawah pemerintahan Islam dan bersedia mengadakan perjanjian damai )
4.       Hasil zakat.
  •  Ada pendapat mengatakan Baitumal wujud pada zaman  Khalifah Abu Bakar al-Siddiq. 
  •   Umumnya, penubuhan rasmi Baitumal adalah  pada Zaman Khalifah Umar.
Sumber Baitumal
Terbahagi kepada tiga, iaitu ;                     
  •        Harta masyarakat
o    Zakat fitrah, zakat harta, sedekah, dan wakaf
o    Merupakan sumber utama Baitulmal
  •         Harta Negara
o    Harta rampasan ( ghanimah & fay ), cukai ( kharaj, ,jizyah, usyur ), dan harta karun/harta tanpa waris
o    Merupakan sumber utama Baitulmal
  •         Harta umum
o    Hasil usaha masyarakat melalui pelbagai aktiviti ekonomi yang memajukan ekonomi dan pembangunan Negara ( perlombongan, perusahaan, periagaan, pertanian ).

 

2 comments:

  1. Casino Roll
    We are a part of the Gambling Industry, the titanium plate flat iron biggest oakley titanium glasses casino infiniti pro rainbow titanium flat iron in the world, which was established in 1986. Our 김뿡 얼굴 business includes poker tournaments, games and slots. can titanium rings be resized Rating: 4.1 · ‎21 votes

    ReplyDelete